FEEL FREE TO READ & LEFT COMMENT~

FEEL FREE TO READ & LEFT COMMENT~

Wednesday, April 27, 2011

S.M.I.L.E


SENYUM. maybe bagi sesetgh kita pkir sederhana & mudah, cukup menarik sudut bibir ke arah samping dan menampakkan gigi. Namun tidak sesederhana itu, kdng2 nak senyum bila saat-saat tertentu tersangatlah susah. Lagi2 bila kita tak ada mood.
Tapi, tahu x, SENYUM ada hubungan erat dgn karakter seseorang sbb bkn seng nak jumpe org yg “murah senyum”. lagi2 senyuman IKHLAS
Senyum bnyk dikaitkan dengan perasaan hati, keadaan jiwa & mood. 
Tahu atau x, Senyum boleh beri effect pd kesihatan kita, tahap stress and daya tarikan kita?
dan yg plg besh ttg senyum, ia boleh menjadikan kita AWET MUDA. siapa xnak jadi muda, kan? 

Okay, ni antara apa yg besh ttg senyum ...
  1. Senyum membuat kita lebih MENARIK. Sedar x yg biasanya kita cepat T'TARIK kat org yg kuat senyum. SWEET kan? kalau boleh nak tgk sampai jemu. sbb tu la, org yg senyum ni kiranya ada DAYA tarik tersendri. siapa nak tgk or tnung org yg sllu B'KERUT & CEMBERUT kan? makin kita JAUH adalah.
  2. Senyum mengubah MOOD kita. kalau kita rasa JATUH or DOWN giler, cuba try SENYUM. pastu tgk CERMIN. Mesti mood kita berubah. maybe kita GELAK sbb buruk benor rupa masa tu. AHAKS...
  3. Senyum dapat meRANGSANG orang lain TERSENYUM. pernah dgr lagu SENYUM?Kalau SAYA senyum, Awak mesti SENYUM sekali,Kalau KITA senyum,Semua orang berJANGKIT,Bila semua orang SENYUM,Dunia tiada PENYAKIT... nyanyian malique and najwa. Bila kita senyum kat org, mesti org tu balas, xkira la die tgk frust ke ape. kalau x, mmg sombong la org tu... kite bakor je...
  4. Senyum dpt kurangkan STRESS. Tau x, Stres ni dpt dilihat pd WAJAH? Bila kita tgh stress, automatik muka kita tu jd tegang. org tgur pn takut... so, SENYUM la, sekurg2nya, boleh sorok stress ygg kita tgh alami and makin lama stress tu akan HILANG sndri.
  5. Senyum meningkatkan sistem IMUN (kekebalan) tubuh anda. Bila senyum, FUNGSI imun ni akan meningkat then kita akan jd lebih RILEKS.
  6. Senyum meNURUNkan tekanan DARAH anda. kalau x caye, cuba beli alat ukur thap tekanan darah dan ukur.
  7. Senyum mengeluarkan ENDORPHINS (pereda rasa sakit secara alami) dan SEROTONIN.
  8. Senyum dapat meLENTURkan kulit wajah dan membuat anda terlihat lebih MUDA. Otot-otot yang digunakan untuk tersenyum akan membuatkan kita kelihatan LEBIH muda. kalau tak caye, cuba senyum setiap HARI.
  9. Senyum membuat kita tampak SUCCESS. Orang yang tersenyum nampak sprti lebih PERCAYA pd diri dalam menjalani hidupnya. sbb org akan kata kita nmpk mcm xde PROBLEM walaupun belmbak je...
  10. Senyum membuat anda tetap POSITIF. boleh ke kita pikir benda negatif masa senyum? sudahkn? kalau benda tuuut.... yg tak senonoh, makin LEBAR adalah.Senyumlah!

Rahsia dan Kelebihan Pada Senyuman (Dari sudut sains)

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu SENAMAN berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem SARAF otak dan juga HORMON2

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan meMULAkan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menCERIAkan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, BADAN turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memPERLAHANkan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke HIPOTALAMUS (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'GEMBIRA'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman BUKAN sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan ENDORPHIN dalam otak yang mengurangkan kesakitan FIZIKAL dan EMOSI menjadikan seseorang itu rasa lebih SELESA dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, TEKANAN darah dan kadar DENGUPAN jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan TURUN iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak LEBIH banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Justeru tidak hairan jika orang dewasa lebih MUDAH diserang penyakit serta mengalami masalah TEKANAN dan KEMURUNGAN.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang BAIK dan stress yang TAK baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang BAIK. Stress yang TAK baik akan memberi TEKANAN kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita LUCU manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel DARAH diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati PENINGKATAN hormon semakin baik seperti hormon 'ENDORPHIN' dan hormon 'NEUROTRANSMITTERS' dan PENURUNAN tahap hormon stress 'CORTISOL' dan 'ADRENALINE' .

9. Ketika kita ketawa, sel PEMBUNUH tumor dan VIRUS semulajadi dalam badan akan berTAMBAH selaras dengan pertambahan GAMMA- INTEFERON (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu meRENDAHkan tekanan darah, menambah kemasukan OKSIGEN dalam darah dan ini secara tidak langsung meRANGSANG proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan EMOSI seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit JANTUNG.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengAKTIFkan kimia badan dan secara tidak langsung meRENDAHkan risiko penyakit jantung, tekanan darah TINGGI, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung KURANG ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara SENAMAN yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'MENGURUT' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meNINGKATkan keupayaan untuk BELAJAR. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih PEKA serta berSEDIA menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperBAIKI fungsi usus, sekali gus meningkatkan PENCERNAAN dan penyerapan NUTRIENT dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh memBAKAR kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran ISLAM sendiri mengatakan senyum itu satu SEDEKAH. Senyum mampu menjadi PENAWAR pada penyakit rohani yang KRONIK. Senyum TAK perlu modal, hanya sekelumit rasa IKHLAS yang boleh memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menYEJUKkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk meMULAkan sesebuah ikatan.

Nothing ...

nuffnang